PBTSELANGOR

MBPJ tawar rebat cukai taksiran sehingga 30 Jun

SHAH ALAM, 6 APRIL: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menawarkan Skim Rebat Cukai Taksiran 2023 kepada pemilik rumah mesra alam hijau dan berkarbon rendah di Petaling Jaya.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan rebat maksimum yang akan diberikan adalah 100 peratus atau RM500, yang mana lebih rendah untuk setiap rumah individu.

“Ia terbuka kepada pemilik rumah yang mengamalkan gaya hidup mesra alam hijau dan mampan berdasarkan kriteria air, biodiversiti, sisa, pengangkutan dan tenaga,” katanya di Facebook.

Menurut MPBJ mereka yang berminat boleh memuat turun borang permohonan di laman sesawang www.mbpj.gov.my.

“Tarikh permohonan dibuka dari 1 April sehingga  30 Jun ini,” katanya.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBPJ di talian 03-7954 1440.


Pengarang :