Anggota Pasukan Pantas Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memotong dan mengalihkan pokok tumbang ekoran hujan lebat dan angin kencang pada 27 April 2023. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya
PBTSELANGOR

MBSJ alih pokok tumbang, pantau kawasan banjir kilat di Puchong

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 28 APRIL: Anggota Pasukan Pantas Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memotong dan mengalihkan beberapa pokok tumbang di dua lokasi dalam kawasan pentadbirannya semalam.

Insiden pokok tumbang sehingga menghalang jalan raya susulan hujan lebat dan angin kencang berlaku di No 22 Jalan SP 1/7 Saujana Puchong dan No 26 Jalan BP 2/9 Bukit Puchong.

“Dengan kekuatan enam anggota pasukan Pantas MBSJ semua aduan telah diambil dengan kadar yang segera.

“Pasukan Pantas turut melakukan pemantauan kes banjir kilat di Kampung Kuala Sungai Baru dan Kampung Kenangan Puchong lanjutan hujan yang lebat,” maklum MBSJ menerusi Facebook.

MBSJ turut memaklumkan penduduk boleh menghubungi Pusat Panggilan MBSJ di talian 03-8024 7700 jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan.


Pengarang :