PBTSELANGOR

MBSJ kesan 2,253 kes denggi di 12 kawasan tumpuan minggu lalu

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 18 APRIL: Lebih 2,253 kes demam denggi dikesan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sepanjang minggu lalu.

Timbalan datuk bandarnya berkata berlaku peningkatan sebanyak 1,064 berbanding tahun lalu dalam tempoh sama melibatkan 12 kawasan tumpuan yang mana sembilan daripadanya kediaman bertingkat.

“Semua pihak termasuk pihak pengurusan kediaman diharap memastikan kebersihan kawasan masing-masing dan bebas dari pembiakan nyamuk Aedes.

“Kita minta masing-masing meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk dengan usaha ini dapat mengeluarkan kawasan kediaman mereka daripada senarai ‘hotspot’,” kata Mohd Zulkurnain Che Ali.

Tambah beliau, orang ramai juga dinasihat membuat semburan aerosol di dalam premis dan menggunakan bahan penjauh serangga apabila berada di luar terutama mereka yang tinggal di kawasan terdedah wabak.


Pengarang :