Gerai jualan yang rosak dilanda ribut dalam kejadian 3 April 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor
PBTSELANGOR

Medan selera, gerai rosak dilanda ribut, MPKS jalankan kerja pembersihan

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 6 APRIL: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjalankan kerja pembersihan dan cantasan pokok di sekitar Pantai Remis, Jeram yang dilanda ribut Isnin lalu.

MPKS berkata kejadian pada jam 3 pagi itu mengakibatkan medan selera dan 18 gerai jualan ikan bakar rosak di bahagian bumbung serta ada yang ditimpa pokok tumbang.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu khemah perniagaan milik penjaja di sekitar pantai turut terjejas.

“Berikutan kejadian itu MPKS menghantar bantuan segera untuk kerja pembersihan dan cantasan pokok.

“Proses baik pulih bumbung medan selera dan gerai terjejas akan dijalankan selepas kerja pembersihan pantai selesai,” katanya melalui Facebook.

Sehubungan itu MPKS menasihatkan penjaja di Pantai Remis agar tidak meninggalkan khemah mereka selepas perniaagan tamat bagi mengelak kejadian sama berulang.


Pengarang :