Tan Sri Michelle Yeoh berucap ketika menerima trofi pelakon wanita terbaik Anugerah Akademi Ke-95 (Oscar 2023) pada majlis di Dolby Theatre Los Angeles pada 13 Mac 2023. Foto Agensi
AGENDANASIONAL

Michelle Yeoh bertemu peminat di Pavilion KL pada 18 April

SHAH ALAM, 4 APRIL: Bintang Hollywood kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh akan menemui peminat di negara ini dalam acara khas pada 18 April depan.

Beliau yang muncul sebagai pelakon pertama dari Asia memenangi Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023) hadir dalam acara ‘Pride of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet’ di Pavilion Kuala Lumpur,  4 petang, lapor portal The Star.

Sejak awal tahun ini, Michelle, 60, diangkat sebagai pelakon wanita terbaik bagi anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild.

Selain dianugerah filem terbaik, Everything Everywhere All at Once turut memenangi kategori pengarah terbaik, pelakon pembantu wanita dan lelaki terbaik, lakon layar asal terbaik, dan suntingan terbaik.

Michelle yang memegang watak sebagai pemilik kedai dobi Evelyn, menewaskan tiga pencabar bagi kategori pelakon wanita terbaik – Cate Blanchet (Tár), Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle William (The Fabelmans).


Pengarang :