PBTSELANGOR

MPAJ anjur kempen pasar juadah mampan tingkat kesedaran jaga alam sekitar

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 2 APRIL: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan enam siri Kempen Pasar Juadah Mampan 2023 bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penjagaan alam sekitar.

Kempen anjuran Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar MPAJ itu bertujuan menjadikan kawasan sekitar Ampang Jaya ebih bersih, indah dan sihat.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan ia akan diadakan mulai Jumaat ini sehingga 14 April di enam lokasi iaitu di Pasar Juadah Pandan Indah, Pasar Juadah Bukit Indah dan Pasar Juadah Bandar Baru Ampang.

“Kempen bermula dari 5 hingga 7 petang itu turut diadakan di Pasar Juadah Kompleks Muhibah, Taman Melawati dan Taman Sri Bayu.

“Antara acaranya adalah larangan penggunaan bekas polisterin, menghentikan penggunaan plastik sekali guna dan menggalakkan warga Ampang Jaya menggunakan bekas sendiri untuk pembungkusan makanan,” katanya menerusi Facebook.

MPAJ memaklumkan pihaknya turut membuka kaunter pengumpulan minyak masak terpakai.

“Ayuh hadir dan sertai kempen ini. Alam sekitar tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar MPAJ di talian 03-42857007.


Pengarang :