ADNSELANGOR

Parlimen Bangi anjur rumah terbuka Aidilfitri malam ini

SHAH ALAM, 30 APRIL: Warga Bangi dijemput memeriahkan program ‘piknik raya’ Parlimen Bangi di kompleks sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Seksyen 15, Bandar Baru Bangi malam ini.

Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan memaklumkan majlis berkenaan akan bermula dari jam 8 hingga 11 malam ini.

“Jemput hadir ke program ‘piknik raya’ Parlimen Bangi ada jamuan raya dan pelbagai aktiviti menarik disediakan.

“Pengunjung juga digalakkan membawa tikar atau kerusi sendiri,” katanya menerusi Facebook.

Malam ini juga, program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri akan diteruskan di Padang Taman Sri Kerayong, Kapar, Klang.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dijadual berangkat ke majlis tersebut.


Pengarang :