ADNBERITA UTAMASELANGOR

Pemeriksaan kesihatan percuma penduduk Kampung Sungai Kayu Ara Sabtu ini

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 13 APRIL: Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama mempelawa penduduk Kampung Sungai Kayu Ara untuk menyertai pemeriksaan kesihatan percuma pada Sabtu ini.

Menurut wakil rakyat Bandar Utama pemeriksaan kesihatan yang dianjurkan dengan kerjasama Hospital Assunta Petaling Jaya itu diadakan di Balai Raya Kampung Sungai Kayu Ara bermula 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

“Pemeriksaan terbuka kepada penduduk warga Malaysia yang berpendapatan RM2,500 ke bawah.

“Penduduk juga boleh memohon kad Social Welfare Outpatient Program (SWOP) Hospital Assunta dengan membawa salinan slip gaji dan surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada hari pemeriksaan,” kata Jamaliah Jamaluddin.

Sehubungan itu ujar beliau mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan: http://tiny.cc/KlinikKayuAra atau secara walk in pada hari pemeriksaan.

“Pemeriksaan percuma ini merupakan acara bulanan dan kita memilih Kampung Sungai Kayu Ara kerana ramai penduduk memerlukan di sini.

“Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian hotline 016-6849 371,” tambahnya.


Pengarang :