Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Adi Faizal Ahmad Tarmizi berucap dalam perhimpunan bulanan di lobi Menara MPS pada 22 Mac 2023. Foto Facebook MPS
PBTSELANGOR

Penduduk dipelawa sertai kaji selidik Belanjawan MPS 2024

Oleh AZIAN AZIZ

SELAYANG, 1 APRIL: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengalu-alu penyertaan penduduk di kawasan pentadbirannya dalam kaji selidik Belanjawan 2024 yang dijalankan secara dalam talian bermula hari ini hingga 22 April.

Timbalan Yang Dipertuanya berkata kaji selidik dibuat bagi memastikan perancangan Belanjawan 2024 MPS lebih mampan, komprehensif dan inklusif serta memenuhi kehendak pemegang taruh pihak berkuasa tempatan itu.

“Penglibatan penduduk di kawasan MPS dalam kaji selidik berkaitan infrastruktur, perkhidmatan, kemudahan awam dan sosial serta kemasyarakatan amat dialu-alukan.

“Mereka juga boleh memberi pandangan terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan,” kata Adi Faizal Ahmad Tarmizi dalam ucapannya sempena Mesyuarat MPS Bilangan 3/2003 semalam.

Beliau juga berharap semua Ahli Majlis dapat menguar-uarkan kepada penduduk di zon masing-masing untuk menyertai kaji selidik ini.

Tambahnya kaji selidik ini boleh diisi melalui pautan di laman web dan platform media sosial MPS yang akan dimuat naik bermula hari ini.


Pengarang :