Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman menyampaikan bantuan wang tunai kepada penggerak komuniti sempena majlis Rahmah Ramadan di pekarangan Econsave Sungai Buloh, Sungai Buloh pada 15 April 2023. Foto ihsan MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN
ADNSELANGOR

Penggerak komuniti DUN Paya Jaras terima bantuan RM100,000 sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 16 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras memperuntuk sejumlah RM100,000 bagi agihan bantuan kepada penggerak komuniti sempena Syawal tahun ini.

Wakil rakyatnya Mohd Khairuddin Othman berkata sumbangan tunai RM100 disalur kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), guru Taman Didikan Awal Kanak-Kanak (Tadika) serta Kelas al-Quran dan Fardu Ain.

“Sumbangan ini julung kali dibuat melibatkan 1,000 penggerak masyarakat yang berpendapatan rendah (B40) sebagai tanda prihatin terhadap golongan terbabit.

“Diharap ia sedikit sebanyak membantu mereka dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Insya-Allah kita akan pastikan tiada siapa tertinggal daripada mendapat sumbangan ini,” katanya di perkarangan Econsave Sungai Buloh di sini semalam.

Bercakap pada majlis Rahmah Ramadan DUN Paya Jaras, EXCO pembangunan modal insan memaklumkan agihan bantuan kepada masjid turut disampaikan membabitkan peruntukan RM30,000.

“Bantuan ini boleh digunakan untuk mengimarahkan pusat ibadah sepanjang Ramadan termasuk program-program lain yang bermanfaat kepada masyarakat,” katanya.


Pengarang :