Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang baru menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya pada 6 April 2023. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

PM, isteri ziarah Raja Perlis di Hospital Putrajaya, doakan Tuanku dikurnia aafiyah

KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang kini sedang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya.

Perdana Menteri ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perkara itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di laman Facebooknya, yang turut memuat naik beberapa keping gambar.

“Mendoakan Tuanku Raja Perlis dikurniakan aafiyah, Insha-Allah,” kata Perdana Menteri.

Istana Arau dalam kenyataan pada Ahad lepas memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin telah selamat menjalani pembedahan membaik pulih kaki dan buku lali sebelah kanan di Hospital Putrajaya, sehari sebelumnya.

Kenyataan itu turut memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil sepanjang tempoh pembedahan yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu, dan pembedahan selesai dengan jayanya tanpa sebarang masalah pada 6.40 petang. – BERNAMA


Pengarang :