Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kanak-kanak selepas solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana, Sepang pada 17 Februari 2023. Turut hadir Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

PM lawat bazar Ramadan Kompleks PKNS Shah Alam, berbuka bersama rakyat di Klang 19 April

SHAH ALAM, 17 APRIL: Perdana menteri dijadual menziarahi Bazar Ramadan Kompleks PKNS Shah Alam dan berbuka puasa bersama penduduk Klang di Masjid Ahmadi, Sementa pada 19 April.

Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lokasi berkenaan sempena program Santunan Ramadhan Malaysia Madani.

Jadual program seperti di bawah:

Sejak menerajui Putrajaya, Anwar sudah beberapa kali menghadiri program dan bertemu rakyat di Selangor antaranya menyempurnakan program Kita-Untuk-Kita (K2K) di Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom, Shah Alam pada 8 April.

Menerusi program berkenaan, Anwar mengumum peruntukan tambahan RM35 juta bagi memperkasa komuniti PPR di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sebelum itu, Anwar turut mengunjungi Universiti Selangor (Unisel) pada 9 Februari iaitu institusi pengajian tinggi tempatan pertama dikunjunginya sejak mengalas jawatan perdana menteri.

Kehadiran beliau pada program Syarahan Ulung Kursi Siddiq Fadzil disambut lebih 4,000 tetamu termasuk pelajar.


Pengarang :