Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatuni anak – anak yatim ketika majlis berbuka puasa bersama pengamal media dan penggiat seni di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 11 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PM lawat bazar Ramadan PKNS Shah Alam, berbuka dengan warga Klang esok

SHAH ALAM, 18 APRIL: Perdana menteri dijadual menziarahi Bazar Ramadan Kompleks PKNS Shah Alam dan berbuka puasa bersama penduduk Klang di Masjid Ahmadi, Sementa esok.

Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lokasi berkenaan sempena program Santunan Ramadhan Malaysia Madani ke Selangor.

Selain beramah mesra bersama pemimpin nombor satu negara, orang ramai juga berpeluang mendapatkan 2,000 kupon PLATS Rahmah RM5 yang akan diedarkan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Jadual program seperti di bawah:

Sejak menerajui Putrajaya, Anwar beberapa kali menghadiri program dan bertemu rakyat di Selangor antaranya menyempurnakan program Kita-Untuk-Kita (K2K) di Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom, Shah Alam pada 8 April.

Menerusi program berkenaan, beliau mengumumkan dana tambahan sebanyak RM35 juta bagi memperkasa komuniti PPR di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sebelum itu pada 9 Februari, Anwar mengunjungi Universiti Selangor (Unisel) sempena program Syarahan Ulung Kursi Siddiq Fadzil dan disambut lebih 4,000 tetamu termasuk pelajar.

Institusi pengajian tinggi tempatan itu pertama dikunjunginya sejak menggalas jawatan perdana menteri.

 


Pengarang :