AGENDANASIONAL

PM mahu martabat TLDM terus dijulang, dihormati

KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu martabat angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus dijulang dan dihormati.

Dalam ucapan sempena ulang tahun TLDM ke-89 hari ini, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga TLDM atas khidmat mereka dalam melindungi serta memelihara keselamatan perairan negara.

“Selamat Hari Ulang Tahun TLDM Ke-89.

Moga kebersamaan angkatan terus dijulang dan dihormati dalam mengangkat martabat seluruh warga TLDM di atas khidmat yang dicurahkan tatkala melindungi serta memelihara keselamatan perairan negara,” katanya menerusi catatan di Facebook.

— BERNAMA


Pengarang :