Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamiul Ehsan Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh pada 28 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PM sedia dengar keluhan nelayan isu projek Pulau Pinang Selatan

SHAH ALAM, 28 APRIL: Perdana menteri sedia mendengar keluhan dan bantahan nelayan tempatan yang mendakwa terjejas pendapatan susulan pembangunan projek Pulau Pinang Selatan (PSI).

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan projek terbabit sudah diteliliti dan mendapat kelulusan bersyarat daripada Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) setakat ini.

“EIA meluluskan pada prinsipnya 71 syarat, jadi kita teliti. Saya kemukakan beberapa kebimbangan terutama nelayan dan penduduk di situ, sama ada nelayan pantai Melayu dan beberapa nelayan Cina.

“Saya arif (berhubung isu itu), tetapi biar proses itu berjalan. Kalau mereka mahu kemukakan bantahan kita dan pihak kerajaan negeri akan berikan beberapa penjelasan,” katanya ditemui di sini hari ini.

Sebelum ini, Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PenMutiara) membantah projek penambakan laut secara besar-besaran itu, yang didakwa bakal menjejaskan sumber pendapatan dan hasil laut mereka.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengumumkan PSI diluluskan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar Putrajaya pada 11 April, dengan 71 syarat yang perlu dipenuhi.

Beliau berkata laporan projek berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas itu juga akan dimuat naik di laman sesawang Penang Infrastructure Corporation (PIC) untuk bacaan umum.


Pengarang :