Kanak-kanak Orang Asli tekun mengikuti pembelajaran dalam talian menggunakan tablet di Kampung Orang Asli Ulu Batu, Hulu Yam, Gombak pada 16 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PPAS rekod 175 individu pinjam komputer menerusi Sepintas

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 1 APRIL: Seramai 175 orang direkodkan meminjam komputer melalui Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (Sepintas) anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sehingga kini.

Pegawai Teknologi Maklumat PPAS Haiziah Abu berkata daripada jumlah itu sebanyak 121 orang meminjam komputer riba manakala komputer meja (54).

“Angka yang direkodkan melibatkan peminjam di sembilan daerah di Selangor.

“Petaling dan Kuala Selangor mencatat jumlah peminjam tertinggi iaitu masing-masing 32 orang (untuk komputer riba dan komputer meja) sementara peminjam terendah ialah di Kuala Langat iaitu sembilan orang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 1 Mac lalu PPAS mengumumkan melanjutkan tempoh pinjaman komputer riba dan komputer meja dari 60 hari (dua bulan) kepada 180 hari (enam bulan).

Agensi itu memaklumkan pinjaman boleh dilakukan di 50 cawangannya melalui permohonan pendaftaran di pautan www.ppas.gov.my/form_sepintas melibatkan 10 unit komputer meja dan 10 unit komputer riba.

Kerajaan Negeri melancarkan Sepintas pada 2 Ogos tahun lalu bagi mengurangkan kesenjangan digital dalam kalangan pelajar B40.

Dato’ Menteri Besar berkata insentif itu turut menyediakan jaringan internet, perisian terkini selain kerusi dan meja untuk keselesaan peminjam.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari pentadbiran Kerajaan Negeri mengutamakan pendidikan bagi membentuk masyarakat berilmu dan cemerlang sekali gus menjamin kehidupan masa depan.

Berikut pecahan jumlah pinjaman Sepintas mengikut daerah:

Gombak
Desktop – 6
Laptop – 16
Jumlah – 22

Hulu Langat
Desktop – 4
Laptop – 8
Jumlah – 12

Hulu Selangor
Desktop – 8
Laptop – 10
Jumlah – 18

Klang
Desktop – 4
Laptop – 16
Jumlah – 20

Kuala Langat
Desktop – 3
Laptop – 6
Jumlah – 9

Kuala Selangor
Desktop – 11
Laptop – 21
Jumlah – 32

Petaling
Desktop – 10
Laptop – 22
Jumlah – 32

Sabak Bernam
Desktop – 6
Laptop – 10
Jumlah – 16

Sepang
Desktop – 2
Laptop – 12
Jumlah – 14


Pengarang :