Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan bercakap kepada media selepas meninjau Pasar Besar Meru, Klang pada 7 April 2023. Foto FB Ganabatirau
PBTSELANGOR

Prasarana di Kompleks Pasar Besar Meru akan ditambah baik

Oleh AZIAN AZIZ

KLANG, 7 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menambah baik prasarana di Kompleks Pasar Besar Meru untuk kemudahan peniaga dan orang ramai.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata pihaknya akan mengganti parit yang rosak dan runtuh di dalam kawasan pasar selain menukar lantai konkrit serta memasang jubin.

“Kita akan memasang penutup longkang secepat mungkin untuk keselamatan peniaga dan orang ramai di blok C selain membina tandas awam di situ. Kita juga akan membaik pulih dan menambah tandas di blok B.

“Sebelum ini kita telah menambah baik longkang di kawasan luar pasar,’’ kata beliau selepas meninjau kompleks pasar berkenaan di sini bersama Ahli Parlimen Klang V. Ganabatirau hari ini.

Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau meninjau Kompleks Pasar Besar Meru, Klang pada 7 April 2023. Foto Facebook Ganabatirau

Menurut Noraini kesemua penambahbaikan itu bagaimanapun memerlukan belanja yang besar untuk dilaksanakan.

“Kita ucap terima kasih kepada Ahli Parlimen Klang kerana akan tolong bawakan perkara ini kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mendapatkan bantuan kewangan.

“Bangunan ini dah berusia 37 tahun dan memang perlu penambahbaikan yang besar,” jelasnya.


Pengarang :