Penduduk sekitar mengambil peluang membeli barangan dapur yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Jelajah Ehsan Rakyat DUN Kuang di Azalea Court Tasik Puteri, Rawang pada 22 Februari 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Program jualan mega Aidilfitri di 23 lokasi bermula hari ini

SHAH ALAM, 15 APRIL: Program Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 anjuran Kerajaan Negeri diadakan di 23 lokasi bermula hari ini.

Program dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) melibatkan semua daerah di negeri ini dijalankan sehingga Khamis ini dengan sembilan kawasan berlangsung hari ini, esok (10) serta Isnin hingga hari terakhir (satu).

Ia adalah kesinambungan Jelajah Ehsan Rakyat bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga kurang berbanding pasaran dengan program kali ini dijalankan khusus sempena menyambut Aidilfitri.

Program hari ini bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari di empat lokasi iaitu pekarangan Masjid As-Syakirin, Jenderan Hilir di daerah Sepang; Pasar Tani Kelana Jaya (Petaling), Pasar Tani Saujana Utama (Kuala Selangor) dan Kompleks Penghulu Mukim Hulu Bernam (Hulu Selangor).

Manakala di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar (Sabak Bernam); Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat (Kuala Langat) dan Tapak Jalan Kantan (Patron) Bukit Sentosa bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.

Dua lokasi lain, pekarangan PPR Seksyen 24, Shah Alam mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan Laman Niaga Usahawan KoHijrah, Seksyen 25, Shah Alam (4 hingga 6 petang).

Program jualan murah ini menyediakan barangan asas seperti ayam sebanyak 36,700 ekor pada harga RM10 seekor, 12,000 papan telur (RM10 sepapan), 9,900 kampit beras (RM10), 6,100 botol minyak masak (RM25) dan 12,100 pek daging (RM10).


Pengarang :