Ahli Dewan Negeri DUN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli (tengah) bersama petugas ketika program Bubur Lambuk, Pimpinan Bersama Rakyat di Surau Abdul Wahid Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor pada 8 April 2023. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli
AGENSISELANGOR

PWB DUN Bukit Melawati gotong-royong masak tiga kawah bubur lambuk, agih kepada penduduk

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 12 APRIL: Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati mengagihkan 500 pek bubur lambuk kepada penduduk sekitar Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor pada 8 April lalu.

Penyelianya R Manimala berkata seramai 25 petugas dari tiga institusi bergotong royong bagi menyediakan juadah tersebut.

“Seramai 25 petugas terlibat memasak tiga kawah bubur, kita anjurkan sebagai tradisi bulan Ramadan dan berkongsi kegembiraan sambutan Aidilfitri bersama penduduk,” katanya.

Ahli Dewan Negeri DUN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli (dua, kiri) bersama Penyelia PWB Bukit Kuching R Manimala (kanan) membantu memasak bubur lambuk ketika program Bubur Lambuk, Pimpinan Bersama Rakyat di Surau Abdul Wahid Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor pada 8 April 2023. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli

Jelasnya lagi, program itu turut mendapat kerjasama Wanita Keadilan Kampung Bukit Kuching, Majlis Pengurusan Ketua kampung Kampung Bukit Kuching dan Surau Abdul Wahid Kampung Bukit Kuching.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri DUN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli merasmikan program yang diadakan di Surau Abdul Wahid dan turut meluangkan masa membantu petugas memasak bubur.


Pengarang :