Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena Rewang Sahur dan sambutan Nuzul Al-Quran di Asrama Yayasan Selangor, Klang pada 8 April 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Sektor pendidikan negeri berpotensi berkembang menerusi Yayasan Selangor

KLANG, 8 APRIL: Kerajaan Selangor komited bagi memastikan sektor pendidikan di negeri ini terus berkembang.

Dato’ Menteri Besar berkata sehubungan itu pengurusan Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor diserahkan kepada Yayasan Selangor sepenuhnya berikutan pertubuhan itu berpotensi menjayakannya.

“Saya berharap Yayasan Selangor menjadi institusi pendidikan penting dalam negara dan Selangor. Pelaksanaan jawatankuasa pendidikan negeri dilaksana oleh yayasan kerana potensi besar pertubuhan ini mengembangkan sektor pendidikan.

“Ia terbukti dengan adanya pelajar-pelajar di sini setelah Yayasan Selangor ditubuhkan selama 50 tahun biarpun pelbagai cabaran pendidikan pada masa kini seperti perintah kawalan pergerakan dan perubahan silibus,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersahur bersama pelajar Yayasan Selangor sempena Rewang Sahur dan sambutan Nuzul al-Quran di Asrama Yayasan Selangor, Klang pada 8 April 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Tahun lalu, menerusi pembentangan Belanjawan 2023, Amirudin memaklumkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor diuruskan sepenuhnya Yayasan Selangor bermula tahun ini bagi menggembleng potensi dan prestasi pengurusan pendidikan negeri.

Jelasnya, yayasan itu akan bertindak sebagai agensi peneraju di samping elemen kawal selia dijajarkan ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.


Pengarang :