Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Rumah Idaman Kwasa Damansara di Kwasa Damansara, Shah Alam pada 17 Februari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor kecam Israel serang Palestin, anjur solat hajat Jumaat ini (VIDEO)

SHAH ALAM, 5 APRIL: Kerajaan Negeri mengecam tindakan kejam Israel menyerang rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa sehingga 12 cedera selain 350 lagi ditahan.

Susulan itu, Dato’ Menteri Besar berkata masjid dan surau seluruh negeri akan menganjurkan solat hajat selepas solat Jumaat minggu ini bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan ketika jemaah Palestin menunaikan solat di Masjid Al Aqsa.

“Kerajaan Selangor menyatakan solidariti bersama warga Palestin dan mengajak pemimpin seluruh dunia untuk bersama-sama mengutuk dan mengecam serangan ke atas rumah ibadat, sebuah tindakan provokasi yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi manusia, terutamanya pada bulan yang penuh mustajab ini.

“Tindakan kejam ini kerap berulang, terutamanya pada bulan Ramadhan seperti yang berlaku pada April tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.

Media hari ini melaporkan polis Israel menyerang puluhan jemaah di pekarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis sebelum waktu subuh, mengakibatkan tujuh daripada mereka cedera sementara 200 rakyat Palestin ditahan.


Pengarang :