ADN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin bercakap kepada Media Selangor ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada 1 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Sempena Aidilfitri, 500 warga DUN Bandar Utama terima baucar beli-belah

Oleh Diana Abd Wahab

PETALING JAYA , 1 APRIL: Seramai 500 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menerima baucar Jom Shopping Hari Raya Aidilfitri bernilai RM200.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata agihan kepada mereka yang layak dijangka dilaksana mulai minggu depan secara berperingkat.

“Kita baharu sahaja menutup permohonan pada 30 Mac lalu dan seramai 500 penerima layak dapat baucar tersebut.

“Namun setakat ini kita masih semak jumlah sebenar penerima yang layak kerana ada yang datang memohon secara bersemuka selain turut terima permohonan menerusi ‘google drive’,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau ditemui ketika  meninjau jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di  gelanggang bola keranjang Kampung Cempaka di sini, hari ini.

Jamaliah berkata pihaknya memberi keutamaan kepada pemohon yang mengundi di DUN Bandar Utama dengan pendapatan bulanan isi rumah RM2,000 ke bawah.


Pengarang :