Antara siri kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE). Foto Grafik Selangorkini
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Siaran langsung talaqqi kitab Ihya Ulumuddin 1 Mei

SHAH ALAM, 29 APRIL: Kerajaan Negeri buat pertama kali menganjurkan talaqqi kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali secara langsung pada Isnin ini.

Program anjuran bersama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan bersiaran pada jam 9 pagi (sesi 1) dan 8 malam (sesi 2) menerusi Facebook Media Selangor.

Pengajian secara membaca perkataan demi perkataan disertai huraian yang dipimpin tokoh ulama dari Pattani, Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni dipancarkan dari kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor.

Majlis sama turut diserikan dengan prapelancaran Festival Turath Islami Selangor oleh Dato’ Seri Amirudin Shari.

Turut menjayakan program ialah Jabatan Agama Islam Selangor, Asatizah Selangor, Akademi Pemikiran Turath dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Mereka yang berminat boleh mendaftar awal di pautan ini dan tempat adalah terhad.

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri, bakal menterjemah 15 karya mulai tahun ini termasuk kitab Ihya Ulumuddin yang bakal diterbit dalam 20 siri dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026.


Pengarang :