Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli hadir ke Program Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri Daerah Klang turut mengiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad di Padang Taman Sri Kerayong, Kapar pada 30 April 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan Selangor, Permaisuri berkenan berangkat ke rumah terbuka Aidilfitri negeri

KLANG, 30 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri di padang Taman Sri Kerayong di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Norashikin tiba kira-kira jam 8.44 malam di rumah terbuka Aidilfitri lengkap berpakaian baju melayu dan baju kurung berwarna putih.

Ketibaan Baginda disambut oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isterinya Datin Seri Masdiana Muhamad.

Baginda berkenan meluangkan masa lebih dua jam menjamu selera sambil menonton persembahan artis Siti Nordiana, Haziq dan persembahan tarian kebudayaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Unjur, Klang.

Sebelum berangkat pulang Baginda berdua sempat menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Program Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri Daerah Klang turut mengiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad di Padang Taman Sri Kerayong, Kapar pada 30 April 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Rumah terbuka daerah Klang itu menerima kunjungan lebih 10,000 tetamu dan turut dimeriahkan dengan rewang sekampung iaitu penyediaan juadah dimasak secara gotong-royong bersama penduduk setempat.

Program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut pada setiap minggu sepanjang Syawal bermula 28 April lalu di tapak pasar pagi Pekan Salak, Sepang.

Program yang akan menjelajah ke setiap daerah negeri ini seterusnya dianjurkan di padang taman awam, Hulu Bernam, Hulu Selangor, semalam.

Ia diteruskan pada 5 Mei di Tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding, Hulu Langat, tapak pasar malam Sungai Buloh, Petaling (6 Mei) dan Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat (7 Mei).

Seterusnya Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei), padang awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei) dan tapak Uptown Sri Gombak (14 Mei) yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli hadir ke Program Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri Daerah Klang turut mengiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad di Padang Taman Sri Kerayong, Kapar pada 30 April 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :