Pengunjung melakukan aktiviti riadah bersama keluarga di Taman Botani Negara, Shah Alam pada 8 Oktober 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Taman Botani tawar lokasi untuk orang awam rakam kenangan Aidilfitri

OLEH SOFIA NASIR

SHAH ALAM, 1 APRIL: Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) mempelawa orang ramai yang berminat merakam kenangan sempena Aidilfitri di kawasan agro pelancongan itu.

TBNSA memaklumkan tempahan bagi lokasi fotografi dan penggambaran kategori bukan komersil dibuka sehingga 30 April.

“Dengan bayaran tempahan hanya RM250 sahaja, anda boleh merakamkan gambar-gambar menarik di sekitar Perkampungan Idaman TBNSA,” katanya di Facebook hari ini.

Menurutnya, TBNSA menawarkan lima lokasi rumah tradisional dengan seni bina dan ukiran menarik iaitu Rumah Johor, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Bagi sebarang pertanyaan dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-55106922 atau emelkan kepada [email protected] .


Pengarang :