Keadaan trafik di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan bergerak perlahan sekitar 3 petang pada 2 April 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tol percuma tiga hari tamat semalam, seterusnya Isnin ini

KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Tol percuma bagi semua jenis kelas kenderaan di 33 lebuh raya seluruh negara sempena Aidilfitri yang bermula 19 April, tamat semalam.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dalam satu kenyataan menerusi Facebook malam ini, memaklumkan tol percuma selanjutnya adalah pada Isnin ini iaitu 24 April.

“Sehubungan itu pastikan baki kad Touch n Go dan e-Wallet mencukupi sebelum memasuki lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Selasa lalu, mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan Tol Rahmah percuma selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 19 hingga 21 April dan juga 24 April.

– BERNAMA


Pengarang :