AGENSISELANGOR

Umat Islam disaran lakukan solat sunat gerhana Khamis ini

SHAH ALAM, 17 APRIL: Umat Islam disaran melakukan solat sunat gerhana sempena fenomena gerhana matahari separa yang dijangka berlaku, Khamis ini.

Jabatan Mufti Selangor dalam kenyataan di Facebook memaklumkan gerhana matahari separa dijangka berlaku dari jam 11.05 pagi hingga 12.47 tengah hari, dengan waktu kemuncaknya pada 11.55 pagi.

“Untuk gerhana matahari pada kali ini, bulan akan menutup 8.4 peratus daripada keluasan saiz jasad matahari.

“Sehubungan itu, masyarakat Islam digalakkan mengambil peluang ini dengan melakukan solat sunat gerhana sama ada secara bersendirian atau secara berjamaah,” katanya.

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari.

Dalam keadaan ini, bulan berada di antara bumi dan matahari dalam kedudukan segaris, dan bulan akan menutupi cahaya matahari sama ada sebahagian atau sepenuhnya.


Pengarang :