AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Waktu solat berbeza dalam aplikasi, Jabatan Mufti nasihat ikut panduan betul

SHAH ALAM, 3 APRIL: Jabatan Mufti Negeri menasihatkan orang ramai menyemak ketepatan waktu solat menerusi panduan terbitan agensi itu atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut jabatan itu di Facebook, terdapat beberapa aplikasi dikesan memaparkan jadual waktu solat berbeza berbanding yang diterbitkan oleh pihak berkuasa agama.

“Oleh itu, kami menasihatkan orang ramai untuk merujuk jadual waktu solat terbitan Jabatan Mufti Negeri atau Jakim sebagai rujukan utama berbanding penggunaan aplikasi jadual waktu solat yang lain,” katanya.

Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa menyemak ketepatan waktu yang digunakan berpandukan Waktu Piawai Malaysia menerusi pautan berikut: https://mst.sirim.my/.

Bagi penduduk Selangor, jadual waktu solat boleh dimuat turun menerusi pautan
https://www.muftiselangor.gov.my/perkhidmatan/takwim-solat-2023m-1444h.


Pengarang :