Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama tetamu pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Perbendaharaan Negeri Selangor di Dewan Rumah EXCO, Seksyen 7, Shah Alam pada 12 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

1,500 tetamu, MB meriahkan sambutan Aidilfitri Perbendaharaan Negeri Selangor

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 12 MEI: Majlis Hari Raya Aidilfitri 2023 Perbendaharaan Negeri Selangor di Dewan Perumahan Exco Sekyen 7 dekat sini dihadiri kira-kira 1,500 orang termasuk kakitangan dan tetamu.

Lebih meriah majlis itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Tetamu bergambar pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Perbendaharaan Negeri Selangor di Dewan Rumah EXCO, Seksyen 7, Shah Alam pada 12 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pelbagai juadah disediakan antaranya kambing golek, ayam gunting, sotong bakar, laksa, apam balik dan nasi tomato.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan kugiran Kelab Perbendaharaan Negeri Selangor.

Tetamu mengambil juadah pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Perbendaharaan Negeri Selangor di Dewan Rumah EXCO, Seksyen 7, Shah Alam pada 12 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Turut hadir Speaker Dewan Negeri Selangor Ng Suee Lim, EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian serta pegawai kanan Kerajaan Negeri.


Pengarang :