Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan pingat ketika Istiadat pengurniaan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Selangor yang ke -77 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 23 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

154 individu dari tujuh daerah terima pingat kebesaran Sultan Selangor

SHAH ALAM, 23 MEI : Seramai 154 individu dari tujuh daerah menerima pingat kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor ke-77.

Kesemua mereka adalah dari daerah Gombak, Sepang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Hulu Langat dan Kuala Langat.

Istiadat pengurniaan pingat disempurnakan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mewakili Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan pingat ketika Istiadat pengurniaan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Selangor yang ke -77 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 23 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Dalam majlis itu, seramai 101 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) diikuti Pingat Pekerti Terpilih (PPT) (22), Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (PPC) (18), Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS) (10) dan Pingat Kecemerlangan Sukan Selangor (PKS) (tiga).

PPT diberikan kepada individu yang melakukan perbuatan terbilang dan terpilih pekertinya manakala PPC untuk pegawai kerajaan cemerlang dalam kumpulan sokongan dan berkhidmat sekurang-kurangnya tujuh tahun bersama Kerajaan Negeri.

PJK pula dianugerahkan kepada individu yang lama berkhidmat dan berjasa untuk Selangor, tekun, taat, mempunyai kebolehan istimewa serta pekerti baik.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan pingat ketika Istiadat pengurniaan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Selangor yang ke -77 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 23 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Manakala PPS dianugerah kepada kakitangan kerajaan yang sedang atau berkhidmat 20 tahun bersama Kerajaan Selangor dengan kelakuan terpuji.

Sementara itu, PKS pula diwujudkan pada 2015 dan layak dikurniakan kepada pegawai atau atlet Selangor yang lahir di negeri ini serta mempamerkan aksi cemerlang dalam bidang sukan.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim dan beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Semalam, pengurniaan pingat kebesaran itu turut diadakan di sini membabitkan individu dari daerah Klang dan Petaling dengan seramai 221 penerima.


Pengarang :