Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan pingat ketika istiadat pengurniaan pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor ke-77 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 22 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

221 individu dikurnia pingat kebesaran Sultan Selangor

SHAH ALAM, 22 MEI : Seramai 221 individu dari Petaling dan Klang menerima pingat kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor ke-77.

Istiadat pengurniaan pingat disempurnakan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mewakili Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 25 individu dianugerahkan Pingat Pekerti Terpilih (PPT), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) (42), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (136) dan Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS) (17).

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan pingat ketika istiadat pengurniaan pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor ke-77 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 22 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

PPT diberikan kepada individu yang melakukan perbuatan terbilang dan terpilih pekertinya manakala PPC untuk pegawai kerajaan cemerlang dalam kumpulan sokongan dan berkhidmat sekurang-kurangnya tujuh tahun bersama Kerajaan Negeri.

PJK pula dianugerahkan kepada individu yang lama berkhidmat dan berjasa untuk Selangor, tekun, taat, mempunyai kebolehan istimewa serta pekerti baik.

Manakala PPS dianugerah kepada kakitangan kerajaan yang sedang atau berkhidmat 20 tahun bersama Kerajaan Selangor dengan kelakuan terpuji.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan pingat ketika istiadat pengurniaan pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor ke-77 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 22 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim dan beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Pengurniaan pingat kebesaran bersambung esok melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang.


Pengarang :