Foto Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dimuat naik di Facebook Istana Negara pada 28 September 2021
AGENDANASIONAL

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu di Malaysia.

Turut menitipkan ucapan yang sama ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan Seri Paduka berdua dizahirkan menerusi poster Selamat Hari Ibu yang dimuat naik di Facebook Istana Negara hari ini.

“Selamat Hari Ibu. Ibu, suri hatiku,” demikian menurut catatan di poster berkenaan.

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun. – BERNAMA

 


Pengarang :