Skuad Pantas Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengalihkan pokok tumbang yang menghalang laluan di Seri Kembangan pada 4 Mei 2023. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Ahli Skuad Pantas MBSJ siap siaga berdepan bencana

SHAH ALAM, 5 MEI: Seramai 65 ahli Skuad Pantas Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bersedia setiap masa berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Datuk Bandar Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata mereka akan digerakkan apabila berlaku kejadian bencana seperti banjir, tanah runtuh atau pokok tumbang.

“Mereka sentiasa dalam keadaan sedia terutama ketika hujan. Jika berlaku perkara buruk mereka antara kumpulan awal ke lokasi,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu Mohd Fauzi berkata tiga lokasi kerap banjir menjadi keutamaan pihaknya iaitu di USJ 8, Kampung Tengah serta kawasan berhampiran pusat beli belah IOI Mall.

“Kerap berlaku banjir kilat selama beberapa jam. Jadi kena kerap pantau supaya tidak berlaku banjir besar hingga menjejaskan penduduk.

“Selain pantauan, kita juga pastikan sistem saliran lancar terutama berkait dengan sampah sarap,” katanya.


Pengarang :