AGENDANASIONAL

Air Selangor laksana kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah pada 22 Mei

SHAH ALAM, 17 MEI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan melaksanakan kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam pada 22 Mei, jam 9 pagi.

Kerja pembaikan itu membabitkan paip saluran utama berukuran 2,200 milimeter diameter dan melibatkan kawasan agihan berskala besar.

Susulan itu, Air Selangor memaklumkan sebanyak 99 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

“Kerja pembaikan dijangka siap pada 3 pagi 23 Mei. Bekalan air disalurkan kepada pengguna secara berperingkat dan pulih sepenuhnya pada 9 malam, 24 Mei (Rabu).

“Sekiranya kebocoran menjadi kritikal kerja kecemasan pembaikan paip pecah akan dimulakan lebih awal daripada tarikh yang dimaklumkan,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, Air Selangor menasihatkan penduduk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual.

Berikut senarai kawasan yang terlibat gangguan bekalan air tidak berjadual:

 


Pengarang :