AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat di Hulu Selangor hingga 6 petang

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 19 MEI: Daerah Hulu Selangor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 6 petang ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook turut memaklumkan selain Hulu Selangor, seluruh Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor diramal mengalami cuaca sama.

Turut dijangka mengalami cuaca serupa ialah beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :