EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada majlis Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Petaling di tapak pasar malam Paya Jaras, Sungai Buloh, Shah Alam pada 6 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMAEXCO

Atlet Selangor peroleh pingat di Sukan SEA terima insentif khas

SHAH ALAM, 6 MEI: Atlet Selangor yang bertanding dalam Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh ketika ini diharap dapat membawa pulang pingat sekali gus mengharumkan nama negeri dan negara.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata Kerajaan Negeri menyediakan insentif khas kepada atlet negeri itu yang menyumbang pingat kepada negara.

“Kalau dapat pingat, Kerajaan Negeri memang ada sediakan insentif dan untuk atlet paralimpik kita berikan insentif RM10,000.

“Saya harap atlet Selangor yang mewakili negara buat yang terbaik dan Kerajaan Negeri tidak akan hampakan mereka, asalkan bawa balik pingat pada kita,” katanya ditemui pada Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Petaling hari ini.

EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berucap sempena majlis Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Petaling di tapak pasar malam Paya Jaras, Sungai Buloh, Shah Alam pada 6 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Terdahulu, seramai 97 atlet Selangor membawa cabaran negara ke Sukan SEA 2023 Kemboja di Phnom Penh yang bermula dari 5 hingga 17 Mei.

Pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Mohamad Nizam Marjugi berkata, pihaknya berharap semua atlet dapat memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang kejohanan bagi menjayakan sasaran kutipan 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa.

Tetamu menikmati juadah disajikan sempena majlis Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Petaling di tapak pasar malam Paya Jaras, Sungai Buloh, Shah alam pada 6 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau berkata tumpuan terarah kepada atlet karate R Sharmendran yang mahu mempertahankan pingat emas buat kali keempat berturut-turut di temasya dwitahunan itu selain acara renang dan olahraga.


Pengarang :