BUDAYARENCANA

Bagai tiada noktah

Bagai peluru mulut membedal.
Menyerang.

BAGAI

TIADA

NOKTAH

Begitu apabila bermusuh dengan bayang sendiri.
Peribadi diinjak- injak orang celik yang buta.
Diri gelimpangan dibedil dendam sendiri.

LEKA. ASYIK. HANYUT.

Bermain peluru rasa

BUUM  BAAM  BUUUM  BAAAM
TUMM  TAMM  TUMMM  TAMMM

BAGAI

TIADA

NOKTAH

Mengikut isu & angin ingin
S A B A R
dibakar api amarah
D I A M
kehilangan makna
M A L U
bukan pilihan bagi yang sombong
R I N D U U U U U
pada hati yang sama mengerti.

BAGAI

TIADA

NOKTAH

 

Abdul  Ghafar  Ibrahim


Pengarang :