Caption: EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni bersama peserta Ekspo Salon International De L’alimentation (Makanan dan Minuman) dan Ekspo Halal Kanada (HEC) di Ontario, Kanada baru-baru ini. Foto Facebook Zawawi Mughni
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Buka peluang niaga, produk halal Selangor ke ekspo antarabangsa

SHAH ALAM, 17 MEI: Jaringan perniagaan menerusi eksport, perbekalan dan pemasaran produk halal tempatan diteroka melalui penyertaan usahawan Selangor dalam ekspo antarabangsa di Kanada.

EXCO industri halal berkata acara tahunan yang mempromosikan makanan dan minuman di seluruh dunia membuka peluang peniaga tempatan termasuk usahawan kecil mempromosi produk halal secara meluas.

“Ekspo Salon International De L’alimentation dan Ekspo Halal Kanada merupakan acara tahunan yang mempromosikan makanan dan minuman dan bertapak selama 15 tahun.

“Kami menjalankan jaringan perniagaan dalam sektor pengeksportan, perbekalan dan pemasaran produk halal tempatan di Kanada,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni di Facebook.

Di Selangor, Persidangan Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) diangkat sebagai acara tahunan dalam menggerak dan membangun industri halal menerusi peruntukan sebanyak RM700,000.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelbagai dampak positif diperoleh melalui aktiviti padanan niaga yang menemukan pemain industri tempatan dan luar negara untuk menambah pengetahuan.

 


Pengarang :