Isteri Dato’ Menteri Besar Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad menghadiri program program Talaqqi Kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali sempena Festival Turath Islami Selangor di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 1 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Cabaran didik anak, wanita disaran tingkat ilmu agama, kerohanian

SHAH ALAM, 2 MEI: Golongan wanita disaran merebut peluang menyertai majlis ilmu bagi menambah pengetahuan untuk mendidik anak, kata Datin Seri Masdiana Muhamad.

Yang dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) itu berkata mencari ilmu seperti ilmu agama adalah perkara yang dituntut serta perlu dilakukan secara berterusan.

“Ibu ini (boleh diibaratkan) sebagai madrasah, jadi ibu zaman sekarang perlu ada (ilmu) daripada segi kerohanian dan ilmu agama sebab dia mendidik anak-anak.

“Program seperti ini elok diperbanyakkan dan penglibatan wanita amat digalakkan, jika tidak boleh hadir (bersemuka) boleh juga tengok secara dalam talian,” katanya.

Tokoh Ulama dari Pattani, Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni menyampaikan pengajian dalam program Talaqqi Kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali sempena Festival Turath Islami Selangor di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 1 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program talaqqi kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor di sini, malam ini.

Program itu dipimpin tokoh ulama dari Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni yang membaca dan menghuraikan perkataan demi perkataan daripada kitab tersebutt.

Disertai kira-kira 200 individu, program talaqqi diadakan bersempena Festival Turath Islami Selangor anjuran Kerajaan Negeri yang mengangkat perbincangan dan penghayatan tentang kitab Ihya Ulumuddin karya Imam al-Ghazali.

Lebih 200 orang menghadiri program Talaqqi Kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali yang dipimpin oleh Tokoh Ulama dari Pattani, Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni sempena Festival Turath Islami Selangor di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 1 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

 

 


Pengarang :