Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Najmudin Jemain (tengah) menyantuni tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MPKj di perkarangan Menara MPKj, Hulu Langat pada 19 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Cuaca panas tidak halang 1,500 pengunjung meriahkan rumah terbuka MPKj

HULU LANGAT, 19 MEI: Cuaca panas terik tidak menghalang pengunjung beratur panjang bagi mendapatkan juadah kambing bakar pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sini, hari ini.

Berlangsung di Menara MPKj di sini dengan lebih lima gerai menyediakan aneka juadah, rumah terbuka pihak berkuasa tempatan itu berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 1,500 tetamu.

Terdapat pelbagai juadah pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di perkarangan Menara MPKj, Hulu Langat pada 19 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Selain kambing bakar, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai juadah lain seperti sate, laksa, nasi beriani, lemang dan rendang.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Unit Kebudayaan Jabatan Khidmat Kemasyarakatan MPKj.

Turut hadir Yang Dipertua MPKj Najmuddin Jemain, Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan, Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan dan Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal Mazwan Johar.

Panas terik tidak mengkalang orang ramai menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di perkarangan Menara MPKj, Hulu Langat pada 19 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :