Suasana sekitar Karnival Jom Heboh di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus pada 15 Oktober 2022. Foto Facebook Hom Heboh
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dekati golongan muda, Kerajaan Selangor sertai Karnival Jom Heboh pada 2 hingga 4 Jun

SHAH ALAM, 19 MEI: Kerajaan Selangor buat julung kali menyertai penganjuran Karnival Jom Heboh anjuran Media Prima Berhad pada 2 hingga 4 Jun ini.

EXCO generasi muda berkata program yang berlangsung di dataran Stadium Shah Alam dari 10 pagi hingga 12 tengah malam itu bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Mohd Khairuddin Othman ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Selangor Xtiv Virtual Youth Busking di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 12 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kerjasama ini menjadi medan untuk mendekati golongan muda. Dalam masa sama kita lihat program ini dapat mewujudkan masyarakat Madani menerusi penganjuran aktivitinya yang berkonsepkan kekeluargaan serta sukan.

“Sepanjang program berlangsung kita juga akan mempromosikan dan menghebahkan semua skim dan dasar disediakan Kerajaan Negeri selama ini,” kata Mohd Khairuddin Othman kepada Selangorkini.

Menurut beliau, program tiga hari itu turut mendapat kerjasama beberapa pihak antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan.

“Antara aktiviti disediakan ialah kejohanan bola sepak jalanan, seji pertahankan diri, bola jaring, pertandingan muzik jalanan serta festival makanan,” katanya.


Pengarang :