Yang Dipertua MPAJ, Dr Ani Ahmad bersama mantan YDP MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim pada majlis sambutan Aidilfitri di Menara MPAJ pada 2 Mei lalu. Foto Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Rasmi
PBTSELANGOR

Dr Ani Ahmad wanita pertama dilantik Yang Dipertua MPAJ

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 4 MEI: Mantan Pegawai Daerah Hulu Langat Dr Ani Ahmad dilantik Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ke-9 pada 2 Mei lalu.

Beliau turut mencatat sejarah sebagai yang dipertua wanita pertama pihak berkuasa tempatan itu dalam tempoh 30 tahun penubuhannya.

Pada majlis watikah Selasa lalu beliau disambut Setiausaha MPAJ Julaihah Jamaluddin serta pengurusan tertinggi.

Sesi penyerahan Myportfolio oleh mantan Yang Dipertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim kepada Yang Dipertua MPAJ baharu Dr Ani Ahmad di Menara MPAJ pada 2 Mei lalu. Foto Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Rasmi

“Acara diserikan dengan pemeriksaan perbarisan anggota penguat kuasa MPAJ dan tarian Akademi MPAJ sebelum Dr Ani mengimbas kad perakam waktu.

“Acara diakhiri sesi taklimat dan ramah mesra bersama pengurusan tertinggi MPAJ,” kata pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook.

Dr Ani memiliki Ijazah Kedoktoran Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2015 selain mempunyai ijazah perancang bandar dari Universiti Malaya dan Diploma Pentadbiran Awam Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).

Beliau sebelum ini berkhidmat di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak 2001 dan pernah menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Bahagian sebelum dilantik Pegawai Daerah Hulu Langat pada 2021.

Mantan yang dipertua, Mohd Fauzi Mohd Yatim turut menyerahkan Myportfolio kepada Dr Ani.

Surat pelantikan beliau diserahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kassim pada hari sama.


Pengarang :