Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj pada sidang media pelancaran Fun Walk Clean & Green DUN Sentosa 2023 di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa pada 10 Mei 2023. Foto SHEEDAFATHIL/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Sentosa pelawa penduduk sertai aktiviti riadah keluarga Ahad ini

KLANG, 11 MEI: Orang ramai dipelawa menyertai acara ‘Fun Walk Clean & Green’ Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa yang bakal berlangsung pada 14 Mei ini.

Wakil rakyatnya Dr G Gunaraj berkata program yang menyasarkan 500 penyertaan itu diadakan pada jam 7 pagi di Tasik Bandar Botanik, di sini.

“Acara ini terbuka kepada semua peringkat umur dan ibu bapa boleh membawa anak mereka sertai ‘fun walk’ itu sambil melakukan aktiviti berkaitan alam sekitar.

“Program ini juga bertujuan mendidik orang ramai menjaga kesihatan selain menguji minda dengan beberapa kuiz yang disediakan di setiap ‘check point’ ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Fun Walk Clean & Green DUN Sentosa 2023 di Pusat Khidmat Masyarakatnya di sini, semalam.

Menurut Dr G Gunaraj, orang ramai yang berminat boleh mendaftar di pautan https://bit.ly/RegFunWalkPublic sehingga tarikh tutup pada 12 Mei ini. Peserta awal akan menerima t-shirt.

“Sekiranya ada yang tidak sempat daftar secara dalam talian mereka masih boleh datang pada 14 Mei nanti untuk sertai acara ini namun tidak berpeluang menerima t-shirt.

“Saya menyeru orang ramai terutama penduduk DUN Sentosa bawa keluarga atau rakan mereka sertai aktiviti itu pada hujung minggu ini kerana banyak hadiah menarik menanti mereka,” katanya.

Selain itu, Dr G Gunaraj turut mempelawa mana-mana individu untuk membawa barangan lusuh untuk dikitar semula. Mereka yang berjaya mengumpul tiga kilogram berpeluang menyertai cabutan bertuah.

Pelbagai pengisian menarik turut diadakan pada program itu antaranya adalah aktiviti zumba, menanam pokok, bola keranjang, pendaftaran Iltizam Selangor Penyayang dan Skim Mesra Usia Emas.


Pengarang :