Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menawarkan hadiah bernilai lebih RM300,000 kepada warga Ampang yang membayar cukai taksiran pihak berkuasa tempatan itu untuk 2023. Foto Facebook MPAJ
PBTSELANGOR

Hadiah lebih RM300,000 ditawar kepada pembayar cukai taksiran MPAJ

SHAH ALAM, 23 MEI: Warga Ampang berpeluang memenangi hadiah utama empat motosikal dengan membayar cukai taksiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Agensi itu memaklumkan cabutan bertuah dengan hadiah bernilai lebih RM300,000 itu turut menawarkan pelbagai lagi ganjaran menarik.

“Caranya mudah sahaja dengan membuat bayaran cukai taksiran MPAJ 2022 melalui Icomm MPAJ di pautan https://icomm.mpaj.gov.my atau boleh download di Google Play atau App Store,” katanya menerusi Facebook.

Penyertaan bermula dari 1 Januari hingga 28 Februari bagi penggal pertama dan 1 Julai hingga 31 Ogos bagi penggal kedua.

Keterangan lanjut boleh layari www.mpaj.gov.my.


Pengarang :