Bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Juma’ah bersama tetamu membaca zikir ketika Majlis Zikir Darul Ehsan sempena Festival Turath Islami di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hampir 1,000 individu hadir Majlis Zikir Darul Ehsan

SHAH ALAM, 23 MEI: Hampir 1,000 individu hadir ke Majlis Zikir Darul Ehsan yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah malam tadi.

Majlis zikir dipimpin oleh Bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Jum’ah bersama pentejermah Ustaz Ahmad Faiz Al-Fateh.

Majlis sempena Festival Turath Islami itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad.

Bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Juma’ah bersama tetamu membaca zikir ketika Majlis Zikir Darul Ehsan sempena Festival Turath Islami di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Program yang bermula selepas solat Isyak itu berlangsung kira-kira dua jam dengan bacaan zikir mathurat dan ayat suci al-Quran termasuk kesimpulan zikir tersebut.

Rata-rata peserta yang hadir tidak mampu menahan sebak saat mengalunkan ayat suci berkenaan.

Terdahulu, Syeikh Dr Ali Jum’ah turut berpesan kepada tetamu agar mengamalkan zikir berkenaan setiap hari kerana selain peroleh pahala ia juga dapat mendekatkan diri dengan Allah dan Rasulullah.

Festival Turath Islami Selangor berlangsung sehingga 25 Mei ini dianjurkan Kerajaan Negeri bertujuan mengangkat perbincangan dan penghayatan mengenai kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam al-Ghazali.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut serta dalam majlis bersama Bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Juma’ah dan tetamu membaca zikir ketika Majlis Zikir Darul Ehsan sempena Festival Turath Islami di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Menampilkan beberapa tokoh ulama antarabangsa seperti Prof Dr Ali Juma’ah, majlis dengan kerjasama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), menyasarkan penyertaan 2,500 warga Selangor dan rakyat Malaysia.

Pendaftaran program boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari https://www.turathislamiselangor.com/.

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri, bakal menterjemah 15 karya mulai tahun ini termasuk kitab Ihya Ulumuddin yang bakal diterbit dalam 20 siri dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026.


Pengarang :