Hampir 100 usahawan Yayasan Hijrah Selangor sekitar Gombak mendengar ucapan Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari ketika Sesi dialog kumuniti usahawan Gombak di My Dulang Cafe, Gombak pada 17 November 2022.Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Hijrah Selangor pelawa usahawan teroka pasaran dalam, luar negara

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 10 MEI: Yayasan Hijrah Selangor mempelawa usahawan menyertai sesi padanan produk bagi rangka promosi pasaran dalam dan luar negara pada 2 hingga 4 Jun depan.

Program Hari Aspirasi Usahawan Hijrah Selangor 2023 yang mengehadkan penyertaan sehingga 200 orang akan berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dari 9 pagi hingga 5.30 petang.

“Hijrah Selangor dalam usaha mengetengahkan produk usahawannya melalui ruang pasaran yang lebih luas dan terbuka di pelbagai platform fizikal dan digital.

“Oleh itu, kami ingin membuka peluang pasaran melalui pasar raya terkenal di dalam dan luar negara,” katanya di Facebook.

Usahawan yang berminat boleh mendaftar melalui pautan ini atau megimbas kod QR pada poster hebahan yang disertakan.

Pendaftaran akan ditutup esok dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ihsan di talian 014-216 5950.


Pengarang :