EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud (kanan) ditemani Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) Gan Pei Nei menyampaikan sijil kepada graduan Anak Istimewa Selangor (AnIS) sempena majlis perasmian sambutan Hari Kanak-Kanak anjuran YAWAS di Prasekolah AnIS Seksyen 7, Shah Alam pada 27 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Ibu bapa dipelawa mohon bantuan anak OKU mulai Isnin depan

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 10 MEI: Ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya (OKU) berusia 18 tahun ke bawah dipelawa memohon bantuan khas Anak Istimewa Selangor (ANIS).

Permohonan bantuan makanan atau keperluan tambahan, pembelian atau pembaikan peralatan serta mesin dan ubatan-ubatan dibuka mulai Isnin depan hingga 26 Mei.

Turut ditawar subsidi yuran pendidikan meliputi terapi atau kelas khas kepada mereka yang layak berdasarkan preskripsi doktor sahaja.

Insentif tersebut menawarkan bantuan sekali bayar (one-off) dengan had maksimum sehingga RM5,000 bagi satu keluarga.

Permohonan perlu dibuat di pautan http://www.anisselangor.com dan hendaklah dicetak serta dihantar bersama dokumen sokongan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan.

Tarikh akhir penghantaran borang permohonan pada 5.30 petang 30 Mei (Selasa) di Ibu Pejabat Yayasan Warisan Warisan Anak Selangor (Yawas).


Pengarang :