Ribuan bakal-bakal haji menghadiri majlis perasmian penutupan kursus perdana haji musim haji bagi tahun 1444H / 2023M peringkat Negeri Selangor di Dewan Solat, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 7 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Insentif RM500 untuk 3,000 jemaah haji Selangor, mohon mulai 19 Mei

OLEH FITRI HAZIM

SHAH ALAM, 17 MEI: Selangor menawarkan insentif RM500 buat 3,000 bakal jemaah haji muassasah yang memerlukan tahun ini, khasnya kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI turut mengagihkan kit syifa seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.

“Keseluruhan program ini akan diperuntuk sebanyak RM1.653 juta dan permohonan akan dibuka bermula Jumaat, 19 Mei hingga 25 Ogos 2023,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah urusan permohonan dilaksana menerusi pusat khidmat masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri kawasan masing-masing dan diselaraskan MBI.

Menurut Amirudin, pemohon mestilah warganegara dan menyerahkan salinan surat tawaran haji muassasah mengandungi kenyataan bayaran serta salinan jadual penerbangan.

“Saya mengharapkan usaha ini dapat memudahkan urusan perjalanan jemaah yang bakal meraikan dhuyufurrahman pada tahun ini,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut, rujuk PKM DUN masing-masing melalui pautan https://bit.ly/3ByFSxm.


Pengarang :