Ribuan pengunjung hadir memeriahkan program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Sepang di Pasar Awam Salak pada 28 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jelajah Aidilfitri negeri bersambung di tiga daerah mulai esok

SHAH ALAM, 4 MEI: Program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri diteruskan hujung minggu ini di daerah Hulu Langat, Petaling dan Kuala Langat bermula 5 hingga 7 Mei.

Sambutan di tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding, Hulu Langat berlangsung pada 5 Mei diikuti tapak pasar malam Sungai Buloh, Petaling (6 Mei) dan Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat (7 Mei).

Seterusnya Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei), padang awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei) dan tapak Uptown Sri Gombak (14 Mei) yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, program tiga hari berturut-turut pada setiap minggu sepanjang Syawal bermula 28 April berlangsung di Sepang, Hulu Selangor dan Klang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata jelajah tersebut antara inisiatif yang memberi peluang kepada segenap lapisan rakyat bertemu pemimpin negeri.

Beliau menjelaskan program itu mendapat sambutan sejak dianjurkan hujung bulan lalu dan negeri memperuntuk RM200,000 bagi menjayakannya di sesebuah daerah.


Pengarang :