Sebahagian daripada 298 orang jemaah haji dari kumpulan pertama selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 18 Julai 2022 dengan penerbangan Saudia Airlines SV 5612. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jemaah haji berlepas awal ke Mekah boleh mohon insentif RM500 selepas pulang

SHAH ALAM, 23 MEI: Jemaah haji yang berlepas awal ke Mekah masih layak memohon insentif Haji Muassasah sebanyak RM500 daripada Kerajaan Negeri.

Ketua komunikasi sosial korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagaimanapun bantuan itu hanya terbuka kepada mereka yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Permohonan dibuka mulai 19 Mei, namun ada jemaah yang sudah berlepas awal. Mereka masih layak dan boleh membuat permohonan selepas pulang.

“Boleh hubungi pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing supaya urusan permohonan lancar,” kata Ahmad Azri Zainal Nor kepada SelangorKini.

Beliau turut menyaran bakal jemaah haji yang belum memohon bantuan berkenaan untuk segera berbuat demikian di pusat khidmat DUN masing-masing dengan merujuk pautan bit.ly/3ByFSxm

Menurutnya, insentif berkenaan bakal diagihkan secara mingguan mulai awal Jun dan diuruskan pusat DUN masing-masing.

“Tabung Haji memaklumkan lebih 5,000 jemaah di Selangor bakal menunaikan haji kali ini. Namun kita anggarkan hanya 3,000 layak memohon,” katanya yang turut memaklumkan permohonan bantuan berkenaan dibuka sehingga 25 Ogos.

Selain bantuan wang tunai, jemaah turut menerima kit syifa seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.

 


Pengarang :